Dokumen Palsu | Wanita mengaku tidak bersalah atas 50 pertuduhan

2022-04-18 0

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Kota Kinabalu atas 50 pertuduhan memalsukan dokumen bagi mendapatkan tender perkhidmatan bekalan makanan bermasak di asrama sekolah.

Rita Pengeran, 31 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.